Sunday, February 7, 2010

istikharah..

istikharah..ni diambil dr mymetro online..
ESUKARAN membuat keputusan yang baik boleh memberi masalah kepada adik.
Dalam Islam, sebelum membuat sebarang keputusan, kita dicadangkan menunaikan solat Istikharah.

Solat ini bagi memohon petunjuk dari Allah dalam membuat sesuatu keputusan.

Istikharah bermaksud 'meminta Allah mengilhamkan sesuatu dalam sesuatu urusan' adalah senjata terbaik untuk membuat pilihan yang tepat.

Adik bukan sahaja boleh melakukan solat Istikharah yang membabitkan pemilihan bakal pasangan, tetapi memohon petunjuk Allah dalam perkara lain.

Solat Istikharah membantu adik memohon petunjuk mesngenai perkara yang menimbulkan keraguan dalam membuat sesuatu penentuan atau pilihan.

Apabila adik melakukan solat dan doa Istikharah, ia bererti adik memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik.

Kata Jabir bin Abdullah: "Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: 'Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini.


'Maksudnya: "Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan...) adalah bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya." (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).'"

Melakukan solat istikharah memberi faedah besar kerana Allah berfirman: "...dan berbincanglah dengan mereka (sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dan lain-lain). Apabila kamu sudah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah..." (AQ Ali Imran 3:159) (HR Bukhari 7/162)

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan solat Istikharah adalah seperti berikut;

1. Pertama, waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar jam 2 pagi). Bagaimanapun, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang diharuskan solat contohnya selepas Maghrib.

2. Niatnya 'Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta'ala.'

3. Dalam rakaat pertama selepas surah Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

4. Dalam rakaat kedua selepas surah Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).

Semoga sedikit penerangan Dr mengenai solat Istikharah ini dapat membantu adik menjawab persoalan diri serta membantu adik dalam membuat keputusan yang baik.

Adik boleh mengetahui lebih lanjut mengenai solat istikharah ini dengan bertanya orang yang arif seperti ustaz atau membaca buku yang berkaitan.

Thursday, January 28, 2010

cite hantu....

tenangkan fikiran anda....sebelum baca, baca bismillah yang mulia..

ikan singgang..

haa, resepi ni dapat dr blog kawan..rase terliur plak tgk ikan singgang..duk cni x jupe pon..hummh, bez ni kalu makan dengan sambal belacan..hehu..

---> suggestion: sape yang suke makan budu tu sesuai la mkn dengan ikan singgang tapi bagiku.......x pelawa pon xpe.. :)

sekadar gambar hiasan yg diambil lam internet..


resipi kali ni mudah, cepat, dan best..urmmm, yummy.!! ikan singgang kalau dimakan dengan budu dan sambal belacan lagi best..!! Ni la salah satu makanan kegemaran ku..tp malangnya masakan ni tak ade kat tempat aku belajar sekarang, xpe, yang penting cuti dah dekat, leh la masak sendiri..

Bahan-bahan :


* 1 ekor ikan tongkol (di potong 5,di bersihkan & ditoskan)
* 2 ulas bawang putih (diketuk kasar )
* 6 ulas bawang merah (diketuk kasar )
* 2 inci lengkuas ( diketuk kasar )
* beberapa hiris kunyit tongkol.
* 2 keping asam gelugor.
* garam secukup rasa.
* air ikut suka ( tapi jangan terlalu banyak,nanti kuah menjadi cair )
* bendi @ kacang mior.......

Cara-cara

1. Panaskan air dalam periuk.
2. Masukkan bawang putih, bawang merah dan lengkuas yang telah diketuk tadi.
Masukkan juga kunyit yang telah dihiris.
3. Kemudian masukkan asam gelugor dan ikan.
4. Masukkan garam secukup rasa.
5. Kemudian masakkan bahan tadi sehingga mendidih..apabila ikan agak
masak,masukkan bendi,dibiarkan sekejap & tutup api...bolehlah dihidangkan...

Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak




Petikan ini diambil dr blog seorang chef :

Assalamualaikum
Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain. Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi,yang boleh saya dapat rezeki yang halal.
Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit. Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.ok la,pernah tak buat Sponge Cake ( Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pep.. atau Coke. Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain. Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara. Sekian

Keputusan...

inilah barisan mpp yang telah memenangi pilihanraya pada 28 jan 2010. pada tahun ini sebanyak 7 kerusi umum dipertandingkan dan 14 kerusi fakulti dimana setiap fakulti mempunyai 2 wakil dan pada tahun ini mempunyai bilangan mpP yang ramai berbanding dengan tahun sebelumnya, jika kita tengok barisan mpp yang lepas terdapat 15 orang...
semoga mereka dapat mengembleng tenaga untuk kebajikan pelajar disamping menyempurnakan janji-janji yang telah mereka tabur ketika menifesto..di bawah terdapat keputusan pilihan raya..


Majlis Pengumuman Keputusan Pemilihan MPP Sesi 2009/2010 telah disempurnakan pada 6.45 ptg td oleh Y. Bhg Prof. Dr. Ridzuan Nordin, Dekan JHEPA. Tahniah diucapkan kepada semua.

Berikut merupakan keputusan untuk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010.

Calon UMUM

1.MOHD AEDLAN NUR B AHMAD -2918 undi

2.WAN MOHD FAUZI B WAN RUSLI - 2184 undi

3.NUR HAFIZAH BINTI ABDUL RAZAK - 3070 undi

4.NUR FASIHAH BT ABDUL KADIR - 3024 undi

5.UMMI ‘AQILAH BT OTHMAN - 2016 undi

6.MOHD HAZWAN SYAFIQ B. HARUN - 1881

7.HASSANAL HARIS - 1438 undi

8.NURUL NADIA BT MAT JALALUDDIN - 2987

9.MUHAMAD SOLIHIN BIN HASHIM - 2073

10.MUHAMMAD FARIS BIN HASSIN - 1845 undi

11.NURUL SYAMILA BT MOHD ROSLI - 1481 undi

12.ABDUL KHALIQ B. ABDUL KADIR - 2490 undi

13.MOHD FADZRUL HISYAM BIN BADARUDIN - 1699 undi


Calon Fakulti Mekanikal
-
1.AMEER FARHAN B SADIMIN - 625 undi

2.MOHAMAD NAQIB AMIRUL B RASHID - 439 undi

3.MOHD ZAFRULLAH B ZULKIFLI - 428 undi



Calon Fakulti Kimia dan Sumber Asli

1.AMIRUL NAAIM B AKASAH -192 undi

2.ONG HANG CHUAN - 331 undi

3.SITI NUR KHAIRUNISA BINTI MOHD AMIR - 698 undi

4.TALHAH-ABDULLAH BIN AMIR - 635



Calon Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian

1.MUHAMMAD ZULFARIS B. MOHD SALLEH - 181 undi

2.NUR SYAMIMI BT CHE’ HUSSIN - 248 undi

3.TAY CHZE HUAT - 290 undi

4.SAMSURI B NASRUDI - 231 undi

5.MOHD NAQIUDDIN B HARUN - 196 undi



Calon Fakulti Eletrik & Eletronik

1.NURUL FARAH AIN BT ABDUL HAMID - 522 undi

2.CHIO THIAM WEI - 272 undi

3.MUHAMMAD NUR ZAKWAN BIN ZAINAL - 490 undi



Calon Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam

1.RAJA GOPAL A/L VANALAGAN - 447 undi

2.MUHAMMAD FARID BIN IDRIS - 403 undi

3.NUR AZURA BT KARJANTO - 472 undi



Calon Fakulti Kejuruteraan Pembuatan & Pengurusan Teknologi

1.THINESH A/L KUNASEGARAN - 246 undi

2.CHAI CHEN THAI - 178 undi

3.MOHAMED NAZLEMIN BIN MAT HASSAN - 258 undi

4.SIMON PETER CHANDRAN - 210 undi


Fakulti Sains & Teknolgi Industri

1.AMIRUL EDHAM B ROSLEE - 122 undi

2.NOR ATIKAH BT MAT YUSOFF - 111 undi

3.ALIAA DIYANA BT ABDUL HISHAM - 31 undi

4.HUSNUL FATIMAH BT HUSRIN - 60 undi

Monday, December 28, 2009

heppy befday kak nur!!!

tanggal 28 disember merupakan besday roomate aku yang berasal dari sandakan, Sabah. aku mengenalinya semasa pendaftaran masuk ke UMP then kami tinggal dalam 1 blok yang sama n aras yang same tp bilik yang berlainan...

sejak sem lepas, aku menjadi roomate die..walaupun kamu macam tu, fe'el mcm tu..aku tetap mahu menjadi sahabatmu selamanya... forever n ever.. apepun selamat hari lahir...

tapi yang menjadi kelakar nya semalam semasa nk sambut befday kak nur, ade la beberapa orang sahabiah datang ke bilik.. masa tu dh lewat, dh pukul 12 lebih semata - mata nk sambut befday kak nur, diorang sanggup dtg..huhu.. nk jadi ke ceritanya...ok, semua yang datang dah berkumpul kat depan bilik, konon nak buat surprise kat kak nur..tak lame kemudian, kak nur pun keluar bilik, aku ingatkan diorang nk buat la surprise kat kak nur, biaq die terkejut.. tapi mende di luar jangkaan berlaku, diorang bertempiaran lari bersembunyi..kak nur sengih2 dh mase tuh..buat2 x paham la ape yang sedang berlaku tu.. satu lagi, yang agak kelakar, diorang sembunyi kat tempat yang jelas2 nampak..sembunyi nape gitu..hehe.. mcm2 la..pastu kami pon mkan2 la, mkn makanan ringan cam tu je....
ok..habis dh cite yang x brp lawak ni..

gambar kek ni hanyalah sekadar hiasan.. ;-)

Sunday, December 27, 2009

2009 makin meninggalkan kita...

sepanjang tahun 2009..dari awal tahun sampai la akhir tahun..ade banyak kenangan terindah berlaku dlam hidupku..berprogram, jadi ajk proram, jd sekretariat mpP, jadi tu, jadi ni..hmm..mcm2 la..smpaikan saya dh malas nk pegang jawatan..hehe..
ok, kali ni saya rase mcm nk tinjau balek kenangan sepanjang tahun ni..

pada bulan januari...
saya kenal dengan kak wahyuni..die kaunselor pelatih di UMP..ntah cam ne boleh jd baik dengan die..hmm.. pada 10 januari, aku jadi setiausaha bg program die..ABK,"Asas Bimbingan dan Kaunseling"..first time aku jadi S/U..tp, pada bulan tu jugak aku jadi sekretariat mpP..sekretariat mpP di bawah TYDP..

kenangan bersama kak wahyuni

bulan februari..
sekali lagi aku diundang utk menjadi s/U utk program Hikmah kembara..program kak wahyuni jugak..program ni berlangsung di Anggulia Beach resOrt, Marang, Trg.. program ni diorganized oleh pihak JHEPA sendiri utk pelajar P1n P2.. utk menaikkan smgt diorang dlm belajar.. en. sahar sbg pengarah mase tu..then, sms prgram jugak, en.sahar ade menunjukkan gmbr graduation pelajar2... wah, seronok nya dapat terima ijazah..

peserta program

dalam dewan anggulia

peserta program dengan fasilitator

bulan MaC..
bulan 3 ni plak 2 program clash..2 program dalam 1 hari, dh la dua2 program aku pegang jawatan.. ;-).. program ini berlaku pada 28 mac dimana 1 program dengan silat, kursus jenazah dan 1 lagi program dengan mpP, interfaith diaLoGue..utk program dgn silat aku pegang jwtan sbg ajk cenderahati n program dengan mpp plak aku pegang jwtan sbg ajk pendftran. aku rase ahli silat mmg btol2 marah dgn aku sb x bg komitmen yang sepenuhnya ketika prgram sampaikan pada malamnya perjumpaan dengan ajk2 aku kene simpan kain kapan..hmmm.....
lame kain tu aku simpan, hinggakan hmpir tiap mlm sblum tdo aku akan tgk kain kapan tu..tapi agak kelakar bila aku bawak balek kain kapan tu, roomate aku tnya ape tu?? aku jwb la... kain kapan.. diorang terkejut.. ala, bukan yang dh gune utk org mati pon, aku, kalu yang dh gune pon aku pon x brani nk amik simpan.. eheee


ajk interfaith dialog 2009
bulan ApriL..
bulan sibuk buat persiapan nk exam then cuti..

bulan May
befday aku la..

bulan jun - julai..
bulan aku pegi survey camp di lumut, perak.. 2 minggu aku di sane..bez la jugak..minggu pertama pegi mengukur kat site dari pagi hingga ke petang..minggu ke 2 siapkan key in data.. bila kita key in data ke dlm laptop, kita dapat tgk bentuk site kita yang dh di ukur.. hitam aku
ni group aku..ade sorang lagi, tp xde dlm ni

bulan ogos - disember
bulan ni merupakan semester ke tiga aku di UmP..sem ni aku x brp pegang jawatan..hehe.. seronok.. tp pada sem ni ade satu wabak penyakit berjangkit iaitu H1N1.. minggu ke 2 bulan 8 Ump di tutup sume pelajar di kehendaki balek..hehu.. then after seminggu ump dibuka aku pulak di kuarantin..kne balek rumah...heeehuuuu....seronok, bahkan beronok-ronok la..
sampa rumah malam..keesokkannya aku pon beransur pulih,..alhamdulillah.. ;)

bulan november, ade hari raya haji..iaitu jatuh pada 28 november.. umah tok atas tol n umah tok rhu rendang masing2 berkorban lembu sekor..

ni lembu korban umah tok atas tol

ni lembu korban umah tok rhu rendang

dan sekarang bulan 12, iaitu bulan disember..new sem, new azam, and happy new year..!!!